Jumaat , 5 Julai .
Okayy ! , harini (ehh , haritu lhaa ~) pakai baju sama je semua .. warna pink purple !
Pergi sekolahh dalam kol 6.45 rasanya lahh , heheheheeee …. Tu pon x sarapan ..
xde mood nak makan pagi2 , hahahaah , makan dalam bas je nanti , fikir gitu la , bab tu lahh , beli roti awal2 kat kedai … huhuhuuu ….
- Sampai sekolah → Dalam pukul 6:45 pagi .
- Bertolak
Lambatt nyooor lahh , tunggu bas masaa tuhh ! huhh ! -.-
cikgu suruh datang sekolah sebelum kol 7 kann ,
kate kol 7 pagi tuhh , bas sampai …
hmmm , tapi , tengok2
kol 7.33 , baru sampai … huhhh !
xpelahhh .. hahahahaarrr …
sebelum naik bas tuh .,
cikgu suruh beratur dalam kumpulan …
dan ambik barang2 sekali …
huhuhuuu …
cikgu bagi taklimat ……….
Lepastuh , cikgu2 panggil ketua kumpulan …
Cikgu bagi amanah dekatt diorang untuk simpan ubat nyamuk , jangan kasi patahh …
huhuhuu …
kayy , nak naik bas dahh, dalam kol 7.46 pagi … J
Okayy , bas untuk peserta perempuan , warna pink putihh , manakala peserta lelaki pulakk , warna pink hijauu ,,, ehh , salahh , hohohoo , hijau putihh lahh =3 , heheheww …
Ok , semua peserta naik dalam bas , mula2 , mestilah letak beg yang ‘besorr sikit’ tu (aiykk ? adaa pulakk) , dekatt tempat letak beg kat bawah bass , haishh , bukan bawah sangat ponn … J , hohoooho , beg galas je , bawakk sekali J …, naik atas bas …
Ambik seat dekatt belakang , duduk tepi Kak Nisaa’ , form 5 , hohooho , budak melayu semua ada kat belakang , budak cina semua ambik seat depan n tengah …(budak lelaki , rasanyer duduk gini jugakk,) haharr … india yang perempuan , x de pon nak joinn , hmm , diorang x suke kem kottt … jarang tengok india yang perempuan g kem , lau yang laki tuhh , biasa la tengok …
sebelum bertolak , tengok la belah kiri , tengok bas budakk laki …
hahahaa , OVER lahh diorangg , nak tunjuk2 makanan pulakk kat kiteorang , kan ade cermin besoo , bab tu lahh , lehh nampakk , hohoo =3 , ( macam x penah naik bas pulakk J )
hahahahaa , Kak Nisaa’ ambik kertas n marker , tulis perkataan OVER besor2 … pastuhh , tunjuk kat budakk laki yang menunjuk makanan tuh , hahahahahhh !!!
Okaayyhh! , bertolak lahh akhirnyaa …. , bas lelaki yang gerakk dulu , baru bas perempuan …
dalam kol 7.55 pgi kott…
dalam bas , rasa lapar , so , ambik roti , pastuhh makann =3 … hahaharr …
ada yg pasang lagu lahh , macam2 lahh , berbual … , sya masih makan roti , hohohooo …
lepas habis makan roti , berbual kejap ngan Kak Nissa’ , haharr , tu pon kejapp je ,… hahaaahakk XD , , lepastu , kawan kak nissa’ yang kat depan datang tempat kiteorang bab diorang bosan dok depan n diorang nak sembang2 ngan kak nissa’ .. hohohooo , cina lahh , kak nissa’ dia pandai cakap cina , sebab dulu , dia sekolah cina … !
hahahahhaa , hmmm , pastuhh .. suruh mata ni tido … bab nanti , takut letih nanti sampai tempat kem , jadi , tidur lahh , sampai kat kedai makan kat koyan (kalau g mana2 kem , mesti kedai tu , untuk makan tengahari ! , huhuu , x tahu nape , cikgu mesti pilih kedai tu ! , sedapp makanan kat situ kata cikgu… huhuu), mengambil masa dalam 3 jam dari Cameron ke Koyan … - Berheti di Kedai Makan ( S.Koyan ) → Pukul 12.50 tgh hari
sampai kat sana , beratur dalam kumpulan , cikgu suruh , ketua kumpulan lapor diri …
kalau ketua dahh lapor diri , jadi kumpulan kami lehh gerak g ambik tempat duduk kat kedai tuh (nasib ketua lapor cepat2 , kalau x ,… hmm , x tahu nak cari tempat la jawabnyerr …) .. hahaha , g ambik pinggan yg dah ada nasi n lauk , lepastu , ambik air sirap pulakk J …
lepastu makan … x habis pon nasi tuhh , hahaha , x lapar sangat masa tuh …
heheheheheee ~
lepas dah makan nasi , g gerai kat tepi kedai tuh , g beli buah jambu n air asam boi , heheheee …
pastuh makan la jambu tuh .. air tu , letak elok2 kat dalam beg galas (nak minum dalam bas, hehe), hohohooo !
lepastuh ! , ckg suruh beratur dalam kumpulan balik … automatik tangan simpan terus jambu dalam beg … hahahaa !
cikgu bagi taklimat .
cikgu cakap lepas ni brhenti mana , pastuh , nanti sampai kem , kena buat apa …,
dann , ckg ada denda , siapa yg pakai selipar ,, kena tekan tubi 10x .., fuhhh ! , nasib pakai kasut masa tuhh , huhh ! …, lagi satu , ckg panggil budak (ha?,budak?kohkohh) laki yg main2 kat belakang barisan , hohooo , kena tekan tubi 10x jugakk XD ., diorang boleh lagi sembang2 n duduk2 kat belakang , ish ! haperr lahh ! , yg lain dengar taklimat cikgu n berdiri , hmmm , ape la jadi ntahh ?
And then , semua naik bas balik , menuju ke R&R , sebelum sampai ke Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah , Kuantan .
- Sambung perjalanan → Pukul 2 ptg (Masa
naik bas tuh ., pergi kat seat , duduk , termenung kejapp , minum air asam boi
n habislah buah jambu tuh , n then , mengantukk , so ? , tidurlahh sya …) hohohohooo ~
- Berhenti di R&R →
Lepastu dalam masa 3 jam dari Koyan sampai di R&R ,
berhenti di situ selama setengah jam , dari pukul 2.00 ptg hingga 2.30 ptg .
hmmm , beli ape ekk , kat sanaa , jppp eaaa ….
Haaa ! , ingatt ,
beli gula2 mentos , air laici , n buah …
- Sambung perjalanan → 2.30 ptg
semua peserta naik bas semula , n terus menuju ke Pusat Kokurikulum . Naik je bas , mule2 mmg lahh bising , dalam 10-15 minitt gituu , tengok2 ramai yg dahh tidoo … hmm, masa tu pon ngantuk jugakk , sooo , tidurr lagi sekali … , yg masa nii , satu bas , semua tido, * kecuali driver bas lahh yekk ~
- Sampai destinasi → 5 ptg
Dalam masa lebih kurang 3 jam , pukul 5.35 ptg rasanyaa
Sampai di Destinasi !
Di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah !
Sampai kat sana , lepas bas berhenti jee ,
semua x sabar nak turun ..hahaha ….
terlalu excited kott ~
lepastuh , turun g ambik beg kat bawahh
lepas semua dah ambik beg …
Cikgu arahkan supaya berkumpul ,
semua berkumpul ikut kumpulan .
- Taklimat
Cikgu beri taklimat .... ~
- siapa x pakai kasut , pakai lepas nihh , (dalam semua aktiviti) .
- jangan panggil “CIKGU” , tapi panggil “TUAN” dan “PUAN” .
- Lelaki kena masukkan baju dalam seluarr ( sape yg melanggar , ada hukuman )
- Cikgu suruh “berdisiplin” (jaga tingkahlaku ,) masa kat sana .
- Bila berjumpa ngan cikgu2,kena bagi salam atau selamat sejahtera .
- Cikgu bagitahu pasal aktiviti2 untuk hari tu …
- Makan petang
- Kena berkumpul semula di dataran pada pukul 6.10 ptg , (rasanyalahh) …
- Mendirikan khemah
- Selalu menepati masa
#sebab , aktiviti terlalu padatt . dah la 3 hari 2 malam je ~
Ok , lepass cikgu dah bagi taklimat semua tuh , semua kena g tempat tapak khemah .
tunggu ketua yg g ambik khemah tadi , tunggu punya tunggu ., sampai jugak ,
Ok , dirikan khemah terus …
- Dirikan Khemah
Lepas dah dirikan khemah , semua g berkumpul balik untuk pergi makan petang …
huhuhuuu ~ ada la sorang budak laki kena denda , sebab x masukkan baju .. huhuu ~ ,
nak tahu x ? cikgu denda dia apee ? , huhh ! eyyy ~! , kan ada satu parit ,
cikgu tanya org tu , nak buka kasut atau x … dia jawab x ..
lepastuh , cikgu suruh dia (nanti) , masuk kat dalam parit tuh , selame 5 minit … huhu .
Manakala , dari kumpulan dari hujung kanan , gerak ke tempat makan …
Kumpulan sape yg ahli dia kena denda tadi , tunggu japp , sebab dia kena denda
selepas 7 kumpulan yg lain tu , dah sampai tempat makan ,
- Makan
Ok , dah sampai kat tempat makan tuh * dalam 2 khemah besar* , satu barisan melintang (kerusi lah) , ada 10 satu barisan … maksudnyaa , kena makan dalam kumpulan … menu makan petang haritu ialah , Nasi , sayur campur n ayam masak merah , air pulak , air sirap .
Cikgu bagi masa 20 minit , untuk makan , huhh ! pedass nyaa ayam masak merah dia tuhh , berapi lidahh (erkk ? ,ahahaha)
masa tu , makan sikit je nasi , haha , xsuke makan makanan pedass !,
lepas dah habis makan , pegi basuh pinggan n cawan .
dalam pukul 6.10 ptg kott , cikgu ehhh salahh , Tuan bunyikan siren supaya berkumpul , siapa lambat kena denda , rasanya , masa tuh , x de yang kena denda . huhuhuu ~
- Mula aktiviti
Semua beratur dalam kumpulan balik , ketua kumpulan , lapor diri .
Aktiviti pertama ialahh , “Ice Breaking” ,....
Mule2 kiteorang main game MAT .
Semua peserta kena berpecah mengikut bulan kelahiran masing2 ,
masa tuhh , fuhh ! , memang bisingg lahh , dengan bunyii
“ Januari2 , Ogos2 , Julai2 , Jun2 , n semua bulan2 dalam tahun lahh , kecuali bulan 12 .( xde yg lahir bulan 12 masa tu)
lepas dah berpecah tuu , last2 6 orang je yang bulan JULAI , pastu , kena duduk dalam bulatan .
Tuan bagi satu no. , cth , 54 , kite kena cukupkan dalam bulan2 kelahiran tu ,
cth nye , tadi ade 6 orang lahir bulan 7 kann ? ,
jadi , 6X7 = 42 , nak 54 kann , jadi ,
54 – 42 = 12 .
jadi , g cari sape lahir bulan 12 ? hmm , tapi malangnya , mase tuhh , yg lahir bulan 12 mana ada.
jadi g cari sape lahir bulan 8 n 4 .
memang kena bekerjasama sangatt lahh , kira2 , kira2 , nasib pusingan pertama lepas …
lepastuh , Tuan nak bilangan 67 pulakk , ok , no. dah meningkat .
Saya pon kalah jugakk , x cukup lagi 3 >.< , hishh !
masa nihh , ramai yang kalahh , huhuhuu ~ tinggal 2 kumpulan je ade …
sape yang kalah kena g kat luarr , xdelahh malu sangat kalau kena denda , sebab ramaii ! haha ~
tunggu je lahh , sampai ada yg menang , sape yang kalah , kena g kat tempat tiang bendera , tiang ada 18 kalau x silapp ( hhohohooo , pakat hentam je , x kira pon )
Tuan suruh bahagikan sama rata bilangan untuk satu tiang bendera tu , kena beratur depan tiang tu ..
jadi mule2 , dataran tu luas jugakk , kena pegi hujungg kanan , lepastu lari ke tiang bendera yang ada di hujung kiri … huhuuhuuu ~
mule2 x dapat agihkan ngan betul , jadi , Tuan suruh wat balik ,
hmmm , lari balikk , kat hujung kanan tuhh , Tuan tiup wisel , jadi semua lari balik , yg kedua ni , baru la sama … satu tiang 4 orang …
hhahaha ~ lepastuhh , dah beratur sekali kan belakang tiang tuh , Tuan suruh pusing ke arah sape yg menang games tadi , n , kena nyanyi lagu sekolah dengan semangatt !
masa tuhh , memang kuatt la nyanyi ~ huhuhuuu , nasib Tuan puashati , lau x , ermm , bape kali nak ulang alik lari …
Dah habis game MATH ni ,
Kena beratur panjang mengikut ketinggian masing2 , huhuuhhh , nasib x kena tarik , nasib ! betul dalam kedudukannya … hehehee ~ ada dalam 13 orang yg salah duduk kat ketinggian dia , huhuuu , diorang kena denda lari 2 pusingan kat dataran tu , tanpe potong barisan .
hahahaa ~ , best mase main nii , kecohh betull !
N then , main game BM pulakk …
beratur dalam 8 barisan , satu barisan 10 orang , tapi mengikut ketinggian tadi lahh ,
ok , games ni , camnii ,
bagi satu benda yg ada dalam rumah .
sape paling rendah sekali tu , best lahh , dia yg start , dah la x leh same …
hihihiii , macam2 lahhh , adaa …
pisau , gunting, penyangkut baju , penyedut minuman , pemotong kuku , tombol pintu , permaidani , tirai , semua nya ada 80 barang … sebab 80 orang peserta …
saya cakap , Tudung Saji … hohohooo ~
last2 , Tuan kata , nama benda yg disebut tadi , kite kena gune nama tuh sepanjang kem … hahahaha ~ sian kat sape ambikk berus jam**n lahh n mangkuk jam**n ,n ada lagi lahh … hohoo . ~
tapi , bukan gune pon nama tuhh kat kem tu … semua panggil gune nama sendiri ,
lepastuh , Tuan bagi satu kertas , kena tulis nama benda yg disebut tadi … nasib Tudung Saji , huhuhuuu ~
Lepas dah habis 3 game tadi , yang digabungkan dalam aktiviti ICE BREAKING …
- Rehat
Tuan bagi rehatt sampai ko 8 malam … buatlahh keja yg patut , masa yg lebih2 tu , berlatih persembahan untuk malam ahad nanti … k-pop pon k-pop lahh …
ada 5 lagu , iaitu , mule2 , Fantastic Baby , Gentlemen , Gwiyomi , Oppa Gangam Style n Harlem Shake . bukan menari ponn , hahaha ,, xsuke nak buat …
- Aktiviti
dalam pukul 8.05 mlm , semua kena berkumpul dekat dataran .,
masa nihh , semua kumpulan masih menepati masa ~
nasibb lahh , kalau x , memang dah kena denda lahh ,
malam tuh , rasanya , xde aktiviti pon ,
ehh x laaa …
dengar taklimat , bagi nama kumpulan ,main BOOM ! dan makan malam je …
Sebab esok (sabtu) , ada aktiviti2 yang memang gunekan tenaga yg banyak …!
memang kena rehatt cukup2 malam tuh …
Masa kena bincang nama kumpulan tuh , semua kumpulan duduk dalam bulatan ..
hmmm , Tuan bagi 15 minit je …
untuk buat nama kumpulan , logo , n maksud logo …
last2 , buat nama LION ! grrrrrr !
lepastu , semua kumpulan beratur dalam kumpulan balik …|
untuk bentangkan kertas yg ada nama kumpulan n logo kumpulan tuhh …
nasib 2 orang kena bentangkan , dah la diorang semua pilih saye mule2 , haihh , takutt jugakk
kalau sorang2 , hmm , sya n Nisha (form 2 ) yg kena bentangkan untuk kumpulan LION tu ..
mule2 Tuan pilih satu no. dan , no. kumpulan tulahh kena bentangkan dulu .. kumpulan 4 kena bentangkan dulu … iaitu , kumpulan yang diketuai oleh Kak Nisaa’ .
Nama kumpulan diorang SHINE … dengarr je lahh ape2 yg disampaikan
kemudian Tuan sebut no.6 , aduhhh , kumpulan sayaa !!! haaarhhhhaaa !
hmm, buat muke selamberr naik pentas tuh , ambik mic , perkenalkan nama , wakil dari kumpulan mana … huhuuu ~ nama tu , nama panggilan kat kem lahh …
Sya cakap , n Nisha pegang kertas …
huhuhuuu , sayaa kate gini jerr … masih ingatt yeee ~
“Assalamualaikum , dan Selamat Petang kpd Tuan2 , Puan dan kawan2 kem bersepadu .
Saya Tudung Saji , dan kawan saya kasut , dari kumpulan 6 ,
LION adalah nama kumpulan kami …
Di setiap aktiviti , kami akan 4L , iaitu …
- Lebih Gigih
- Lebih Bekerjasama
- Lebih Berani
- Lebih Menepati Masa
Itu sahaja , Terima Kasih . “
Sebelum turun dari pentas tu , kena jawab 4 soalan rasanya , huhh ! nape Tuan n Puan bagi kami 4 soalan ? kumpulan lain 2 atau 3 jee !! eyyhh ! nii takk adilll !!! hahahaa !
Soalan2 nya :
Cik Roshima : “ Apa yang dimaksudkan dengan LION ? bagi penjelasan yg betul .
Kami jawab :
L = Lebih
I = Intelegent (slh eja , kot)
O = Obedient
N = Nasio ……. (x ingatt -.-)
Cik Roshima : “ Ni bentuk LION ke apaa? nampak macam nenas pon ada ,x ada kreativiti ke ? ,”
hohohooo ~ apakahh …
Tuan Mahussin (pulak katee) , : “Macam matahari pun ada …”
hahh ? pulakk ==’ ….
Kami jawab (dengan selamber nya) : “Boleh dikatakan begitu jugak .” (pasal xde kreativiti tu lah)
Tuan Izzat : “Bagi pendapat saya , singa jantan ni malas , macam mana boleh Lebih Gigih (kat 4L tu) …., cube bagi jawapan ”
Kiteorang senyapp ., huhuuu ~
x dapat nak bagi jawapan mase tuhh , dahh x ingatt ape dahh …
Jadi , cikgu panggil ahli kami siapa nak tolong jawabkan …
huhuhuuu ~ nasib ada yg boleh jawab … budakk pandaii ,
memanglahh , huhhhh ~
mule2 mmg kiteorang suruh dia yg bentangkan , dia yg xnakk , apalahh .
dia jawabb (dengann sangattt sangattt selamberr nyaa)
“ Saya rasa pendapat Tuan salah ( *masa ni , ramai yg gelakk , ahahahaa ~ ), semasa singa betina keluar memburu , singa jantan gigih juga , kerana , dia menjaga tempat dia dan anak2 nya”
Tuan Baha (jawab) : “Ouhh , bagus pendapat awak tu” , (dan semua tepuk tangan …)
ada lagi satu soalan , tapii daa lupe , huuh ! -.-
huhhh , habis jugakk pembentangann tuu ! ….
Nama2 kumpulan yg lain :
- Shine
- Diamond
- Emas
- Wammpior (hah ? x thu eja)
- Rama - Rama
- Satu
- Lion
lepas semua kumpulan dahh bentang tu …
kiteorang main BOOM pulakk …
BOOM sana BOOM situu ,, yeayhhh !
tapi malangnyaa kumpulan kami, kalahh ! arhhhh !
kami TARGET kumpulan EMAS untuk mati (dlm game ni je la) .
huhuuhuuu ~ , ~ . sebab kumpulan diorang jauh dari kumpulan kiteorang ..
Habis main BOOM ! , beratur dlm kumpulan balik , n terus g makan malam .. dan terus tidurr , kalau dahh siap makan ..
Ok , cukup untuk hari jumaat … penat tu mmg lahh penatt .. tapi , Tuan suruh enjoy kat kem , so ? , ENJOYY ! , hahaa , tapi jangan terlebih Enjoy sudahh …
hmmm , mungkin ada salah taip kott , ahhaha , xpe arhh ,
Assalamualaikum ...
next n3 kem bersepadu #hari kedua !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan